Ranggup dn tak jemu memakannya ..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Almond Beauty

Ranggup dn tak jemu memakannya ..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 200gm mentega
  • 50gm shortening
  • 150gm gula kaster
  • Bahan B
    40gm putih telur (1 biji)
  • Bahan C (diayak bersama)
  • 340gm tepung gandum red rose
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplek
  • 10gm serbuk koko
  • Hiasan:
    Coklat masakan putih dan badam cincang (dipanggang)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul bahan A sehingga ringan dan berkrim
  • Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati
  • Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih.
  • Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan nozzle bergerigi dan tekan diatas dulang pembakar
  • Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 min. Angkat dan sejukkan.
  • Celup setengah biskut didalam coklat putih yang dicairkan dan celup dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN