Sesuai dihidang bila2 masa…gandakan adunan untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak dan tinggi dengan menggunakan loyang yang sama…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Lapis CitraWarna Kukusâ¢
Sesuai dihidang bila2 masa…gandakan adunan untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak dan tinggi dengan menggunakan loyang yang sama…
BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur – A (asingkan putih dan kuning telur)
- 2 sb susu manis
- 1 sk baking powder
- 150 g mentega
- 100 g gula halus
- 100 g tepung gandum – diayak
- 1 sk esen vanilla
- pewarna hijau,merah,kuning dan lain2
CARA PENYEDIAAN
- Mentega dan susu dipukul hingga kembang dan ketepikan.
- Pukul putih telur hingga separuh kembang dan masukkan gula dan baking powder dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang.Masukkan kuning telur sebiji2 dan esen vanilla sambil terus dipukul.
- Masukkan campuran mentega dan kacau dengan spatula/senduk hingga rata.
- Masukkan pula tepung dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 4-5 bahagian dan warnakan.Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna di dalam loyang yang telah dialas kertas dan digris dasarnya sahaja.Kukus 5 min. setiap lapis dan 15-20 min. bagi lapisan yang terakhir.
- Sejukkan kek,potong dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.