tengok kat tv8…hamba terai buat…sedap la pulak….macam asam pedas versi pekat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Patin sambal cara orang cina.

tengok kat tv8…hamba terai buat…sedap la pulak….macam asam pedas versi pekat.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan patin atau 2 kilo.(kene basuh bersih2 dan perap dengan asam limau atau jawa sebab hanyir)
  • 3 senduk cili giling.(sila kisar cili kering yang direbus dan dapatkan 3 senduk cili yang pekat..guna cili kering yang mahal)
  • Segenggam asam jawa yang digaul dengan 1 1/2 cawan air.(bagi yang tangan kecik sila guna 2 genggam asam jawa.)
  • 6 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 6 biji bawang besar dihiris sukati.
  • 2 ketul halia sebesar ibujari aflin shauki(retinya yang besar)
  • 5 batang serai yang gebu2 dititik2.
  • Daun limau purut jika suka sebab ikan patin ni hanyir..dalam resepi tu tak ada…cadangan hamba saja.
  • Garam dan tok aji
  • Minyak untuk menumis.(sesenduk)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis dulu bawang putih kemudian masukan cili giling, bila dah naik minyak masuk bawang besar, halia, serai, daun limau dan ikan patin.
  • Bila dah masuk ikan patin terus tuang air asam jawa. Tambah sikit air jika tidak memadai. Boh garam dan tok aji dan setelah digaul balik sila tutup kuali supaya ia masak sekata…kecilkan api…biar ia merenih perlahan lahan dan sekali sekala balik2kan. Tapi jangan lama2 sangat, agak2 dah ok..dah masak..tutup api.
  • Dalam resepi kat tv8 tuh nyonya tu guna ikan keli…terpulang pada anda. Amat sedap makan dengan nasi. Kalau ada ulam ulaman lagi best…bagi hamba meratah lagi bes…dari makan ayam goreng kat restoren segera tuh berabis rm50 lebih baik beli patin dapat 8 ekor, leh makan 3 4 ari tanpa rasa loya..malah lagi bes.
  • Amaran: jangan makan sambil tengok tv, takut tercekik sebab makan nih jadi ralit ….merbahaya!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN