dengan bahan2 dan cara2 yang mudah…all-in-one method…donut yang boleh digoreng seperti biasa dan boleh juga dibakar… :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Donut/Donat (Goreng/Bakar)â¢
dengan bahan2 dan cara2 yang mudah…all-in-one method…donut yang boleh digoreng seperti biasa dan boleh juga dibakar… :)
BAHAN-BAHAN
- 500 g tepung roti
- 100 g gula halus
- 1/2 cawan susu tepung
- 2 sk yis segera (mauripan)
- 75 g mentega/majerin – lembut
- 3 biji kuning telur
- 225 ml air hangat ( 1 cwn + 2 sb)
- minyak masak untuk goreng terendam
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan pukul hingga sebati dan doh tak melekat pada mangkuk pengadun.
- Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
- Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut.
- Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
- Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
- Salutkan donut dengan gula halus/serbuk dan boleh dihidangkan.
- Untuk membuat donut bakar…selepas step (2) doh dikempiskan,ambil sedikit doh, bulat2kan dan bubuh di dalam mangkuk kertas/muffin dan rehatkan sebentar hingga kembang.Sapu sedikit kuning atau putih telur dan taburkan gula halus dan bakar di dalam oven hingga keperangan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.