enak dimakan bila2 waktu… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Apam Durian™

enak dimakan bila2 waktu… :)

BAHAN-BAHAN

  • 200 g isi durian
  • 200 ml air
  • 2 sb susu manis
  • 4 biji telur
  • 250 g gula halus (kurangkan jika durian manis)
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sb ovallete
  • 300 g tepung gandum – diayak
  • 1/4 sk esen durian
  • sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar isi durian,air dan susu manis hingga lumat.
  • Pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula,garam dan ovallete dan terus pukul hingga kembang dan putih selama 5-6 min.
  • Masukkan tepung dan campuran durian berselang-seli sambil digaul rata.Bubuh esen dan pewarna kuning dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  • Isikan mangkuk2 kecil/lompang dengan kertas kuih dan isikan pula dengan adunan apam biar penuh kedalamnya.Kukus selama 10 min dengan api kuat.
  • Sejukkan apam dan boleh disajikan.
  • Adunan apam boleh juga dibubuh penuh ke dalam mangkuk muffin kecil2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN