masakan nie nurul tiru macam masakan barat, cuma ikut nurul punya stail… yang penting sedap dan agak mudah untuk disediakan.. sesuai dimakan beramai-ramai bersama keluarga..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Chicken Mushrooms Spageti
masakan nie nurul tiru macam masakan barat, cuma ikut nurul punya stail… yang penting sedap dan agak mudah untuk disediakan.. sesuai dimakan beramai-ramai bersama keluarga..
BAHAN-BAHAN
- sebungkus spageti (direbus)..
- 2/4 ekor ayam bahagian dada dicincang(daging sahaja)
- 1 tin cendawan butang (dicincang)
- 8 tangkai cili kering dikisar
- 4 biji buah tomato (dicincang)
- 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dicincang
- serbuk lada hitam, garam, gula
- daun bawang (daun hijau untuk hiasan dan yang warna putih dan merah diasingkan untuk kuahnya)
- 3 sudu sos tomato
- 2 atau 3 sudu tepung jagung(dibancuh)
CARA PENYEDIAAN
- pertama sekali panaskan minyak.. masukkan bawang, hujung daun bawang yang warna putih dan merah, tomato yang dicincang… tumis sampai bahan tersebut agak kekuningan..
- selepas itu, masukkan lada hitam yang telah dikisar tadi.. naik bau masukkan sos tomato dan juga cili kering yang telah dikisar bersama gula dan garam secukupnya.
- sambal dah masak,masukkan daging ayam dan juga cendawan yang dicincang tadi… gaul rata..
- jika ingin lebih kuah tambahkan sedikit air.. pekatkan kuah tersebut dengan air bancuhan tepung jagung tadi..
- didihkan kuah tadi.. letakkan sedikit daun bawang kedalamnya bagi menambah warna.. jangan lupa merasa masakan anda.. pastikan secukup rasa.. dah cukup semuanya matikan api kuah tadi.
- hidangkan kuah tadi bersama mee spageti yang telah direbus… (sepinggan sahaja:1 orang makan) curahkan kuahnya diatas me bersama daun bawang sebagai hiasan.. siap untuk dimakan!!
- SELAMAT MENCUBA!!!
- ps: nak lagi sedap sebelum letak kuah tue, mee spageti tadi dicampur sedikit dgn prego cheese herbs yg dlm tin tue.. digaulkan bersama tau.. lepas tue baru letak kuah tadi kat atas.. mesti meletup pnye lah!!!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.