kek yang dikukus… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Black Forest Kukus™

kek yang dikukus… :)

BAHAN-BAHAN

  • 7 biji telur sedang (akak guna 6 biji telur besar)
  • 125 g gula halus/castor
  • 1/2 sb ovallete
  • 100 g tepung gandum*
  • 40 g serbuk koko*
  • 60 ml minyak atau mentega cair
  • Hiasan :-
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan jem strawberry/raspberry/blackberry/cranberry
  • 400 g whipping cream
  • 100 g cerry merah
  • choc. parut/choc. rice secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung bersama serbuk koko.Ketepikan.Pukul telur,gula dan ovallete hingga kembang dan putih.
  • Masukkan campuran tepung dan gaul rata.Masukkan pula minyak dan gaul hingga sebati.Tuang kedalam loyang yang dialas dan digris.Kukus selama 30 min atau hingga masak.Sejukkan.
  • Pukul whipped cream hingga kembang dan ketepikan.Kek yang telah sejuk dibelah dua.Ambil sekeping kek dan siram sedikit2 jus oren dipermukaan kek supaya lembap.
  • Sapu permukaan kek dengan cream rata2 dan bubuh jem pilihan diatas cream tadi dengan ditumpuk2kan sesudu2 kecil.
  • Tindihkan dengan sekeping kek lagi,siram jus oren,sapu cream rata2 keseluruhan kek dan hias dgn cerry dan choc. parut/rice ikut kreativiti masing2.Simpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN