Aneka bun

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cinnamon Hot Dog Spicy Bun

Aneka bun

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Doh
  • 500gm tepung high protein
  • 95gm gula kaster
  • 1 tsp garam halus
  • 14gm yis segera
  • 50gm majerin/mentega
  • 45gm shorteing/minyak sayur
  • 2 tsp susu pekat manis
  • 1 biji telur gred A
  • 210gm air
  • Bahan Isian/Hiasan
  • Hot Dog sosej
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk kari
  • Mayonnaise
  • Daun Bawang di potong
  • Susu sejat utk sapuan
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
  • Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
  • Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 20 minit.
  • Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehat lagi selama 15 minit.
  • Ambil doh dan timbang seberat 60gm atau saiz yang di kehendaki. Bulat2kan semula. Rehat selama 5 minit.
  • Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Kemudian barulah di bentuk mengikut bentuk yang di kehendaki.
  • Ambil satu doh dan gelek memanjang, letakkan hot dog di tengahnya. Tekan hot dog dengan jari di tengah dan potong menggunakan pisau plastik di kiri kanan sebanyak 5 potongan.
  • Lipat silang pangkah kiri dan kanan mula dari atas sehingga habis. Tekan sedikit hujungnya supaya melekat.
  • Buat sehingga habis seperti dalam gambar
  • Rehatkan doh sehingga mengembang 2 x ganda, sapu dengan susu sejat, tabur sedikit dengan serbuk rempah kari dan serbuk kayu manis di atasnya. Pipekan mayonnaise dan tabur dengan daun bawang
  • Leserkan loyang dengan shortening dan bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga keperangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN