Tak perlu lagi ke Secret Recipie, buat sendiri di rumah !

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cappuccino Cheese Cakes

Tak perlu lagi ke Secret Recipie, buat sendiri di rumah !

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (Base)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum @ 210gm
  • 1/2 cwn serbuk koko @ 50gm
  • 1/2 cwn gula perang @ 100gm
  • 1/2 cwn @ 125gm mentega dilembutkan
  • 50gm badam nibs (optional)
  • atau 200gm biskut oreo (keluarkan krimnya) di hancurkan digaul bersama 50gm mentega cair hingga sebati, tekan padat dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. (jika mahukan base yang rangup, bakar selama 10 minit pada suhu 160c dan sejukkan
  • Bahan A : Gaulkan semua bahan base diatas menjadi seperti serbuk roti, tekan adunan hingga rata dan padat kedalam springfoam pan 9 in. Bakar 15min pada suhu 170C. Ketepikan.
  • Bahan B (Bahagian Bawah)
  • 250gm cream cheese
  • 3/4 cwn @ 130gm gula castor
  • 1 cwn whipping cream (diputar sedikit hingga nampak pekat)
  • 1 1/2 sdb gelatin dicampur 3 sdb air (rendam dulu baru dimasak secara double boiler hingga cair)
  • 1 sdb esen cappuccino/cappuccino emulco (utk warna yg lbh terang)
  • 1/2 cwn chocolate rice @ 100gm
  • Bahan C (Bahagian Atas)
  • 250gm cream cheese
  • 3/4 cwn @ 130gm gula castor
  • 1 cwn whipping cream (diputar sedikit hingga nampak pekat)
  • 1 1/2 sdb gelatin dicampur 3 sdb air (rendam dulu baru dimasak secara double boiler hingga cair)
  • 1 sdt esen vanila
  • 1/2 cwn chocolate rice @ 100gm
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Lapisan Bawah : Bahan B, Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan tidak berketul-ketul, masukkan gelatin yang masih panas, gaul rata.
  • Kaup balikkan dengan whipping cream, esen cappuccino, dan chocolate rice.
  • Tuangkan keatas (A) Base, sejukkan kedalam peti sejuk biar set dulu lebih kurang 20minit
  • Lapisan Atas : Bahan C, Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan tidak berketul-ketul, masukkan gelatin yang masih panas, gaul rata
  • Kaup balikkan dengan whipping cream, esen vanila dan chocolate rice. Tuangkan keatas (B).
  • Simpan dlm peti sejuk selama 6 jam atau semalaman. Potong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap baru di potong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN