Ramai juga yang cari resipi ni,,, kat k’tan d panggil apom kat t’ganu pula d panggil telinga lembik rspi ni mgkin x sama ngan yg asal krn kak wan yang reka sdri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apom Kastard @ Telinga Lembik
Ramai juga yang cari resipi ni,,, kat k’tan d panggil apom kat t’ganu pula d panggil telinga lembik rspi ni mgkin x sama ngan yg asal krn kak wan yang reka sdri…
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung naik sendiri diayak
- 1/4 cawan gula
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil yis segera
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- 1 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cwn air (agak2 spt adunan pancake/dadar tpi jgn terlalu cair kerana bila dah kembang adunan jdi ringan)
- 1 sudu besar marjerin, dicairkan
- Inti Kastard
- 1/2 cawan gandum
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis)
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar, air, gula, yis, majerin cair dan pewarna gaul hingga sebati
- Masukkan tepung, gaul rata dan kisar sekejap didalam pengisar, kemudian tapis. Perap adunan selama 1 – 2 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.
- Tuang 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Adunan cepat masak jadi jgn biarkan terlalu lama nti cepat hangus.
- Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.
- Untuk Inti : Satukan semua bahan inti, kemudian tapis. Masak di dalam periuk diatas api sederhana sehingga kental dan berkilat.
- Apom akan jadi semakin lembut apabila sejuk.
- Inti boleh juga di masukkan jagung cream atau inti kaya
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.