Agar-agar seperti ini dibuat untuk hari-hari yang istimewa…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Miniature Agar-Agar Hantaran

Agar-agar seperti ini dibuat untuk hari-hari yang istimewa…

BAHAN-BAHAN

  • 15gm agar-agar serbuk
  • 1000ml air
  • 200gm gula
  • Daun pandan
  • Pewarna mengikut warna bunga atau disukai
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Ketepikan
  • Ambil 200ml agar-agar, letakkan pewarna merah dan tuang dalam loyang mini. Biarkan beku
  • Agar-agar yang selebihnya biarkan di dalam periuk dengan api perlahan untuk membuat bunga dan daun
  • Ambil 100ml agar-agar, masukkan beberapa titik pewarna/atau 1 tsp santan pekat/atau susu cair (jika ingin warnanya putih) dan tuang ke dalam pinggan leper. Biarkan beku. Kemudian terap menggunakan penerap bebentuk hati.
  • Ambil 100ml agar-agar, letak beberapa titik pewarna kuning. Gunakan sudu kecil atau jug kecil untuk menuang agar-agar ke dalam acuan daun kecil (untuk centre bunga)
  • Satukan potongan kuning ditengah potongan hati. Tuangkan agar-agar panas. Pegang acuan plastik sekejap dan biarkan beku.
  • Ambil 100ml agar-agar, letak beberapa titik pewarna hijau untuk membuat daun, tuang dalam acuan daun, biar beku baru dikeluarkan dari acuan
  • Hias di atas agar-agar mini yang dibekukan tadi mengikut kreativiti…
    Ini adalah basic agar-agar, boleh dicampur lain-lain bahan untuk menyedapkan lagi agar-agar…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN