Lompang lemak,tak perlu makan dengan kelapa parut putih sebab dah berdadih…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Lompang Jakarta™

Lompang lemak,tak perlu makan dengan kelapa parut putih sebab dah berdadih…

BAHAN-BAHAN

  • 125 g tepung beras (1 cawan)
  • 2 sb tepung sagu/ubi
  • 200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
  • 1/2 sk air kapur
  • 200 ml air*
  • 125 g gula pasir* (1/2 cawan)
  • 1 sk pandan pes + pewarna hijau
  • Topping Dadih :-
  • 160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 sk garam
CARA PENYEDIAAN
  • Masak bahan bertanda* dgn sehelai daun pandan,jadikan air gula dan sejukkan.
  • Campurkan air gula dgn tepung2,santan pekat,air kapur,pandan pes dan pewarna hijau,kacau dan tapis.Ketepikan.
  • Satukan bahan2 dadih,kacau,tapis dan ketepikan.
  • Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
  • Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
  • Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
  • Sejukkan kuih dan keluarkan dr acuan dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN