Resepi ciptaan sendiri dan menjadi favourite keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ayam dengan Betik

Resepi ciptaan sendiri dan menjadi favourite keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam(dipotong kecil dan dibersihkan)
  • 1 biji betik muda sederhana besar (dibuang kulit dan potong)
  • 1 paket rempah kari daging (50sen)
  • 1 paket kerisik (70sen)
  • 1/2 caw santan pekat
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Dikisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar + daun kari sehingga wangi
  • Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air. Masak sehingga rempah masak dan pecah minyak.
  • Masukkan kerisik dan gaul sebati
  • Masukkan buah betik muda. Jika buah betik agak masak, potong tebal sedikit supaya tidak hancur dimasak.
  • Tambah air untuk melembutkan betik.
  • Bila betik separuh lembut, masukkan ayam.
  • Tambahkan santan, air asam jawa dan garam secukupnya
  • Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN