cara cuci buah

Ramai masih ambil ringan tentang cara cuci buah. Ada yang sekadar bilas bawah air paip, lepas tu terus makan. Tapi sebenarnya, cara itu belum cukup untuk buang kotoran, bakteria dan sisa racun perosak yang mungkin masih melekat pada buah.

Perkongsian daripada pengguna Threads, @deedee_cooks_new, ini menunjukkan cara cuci buah yang lebih efektif menggunakan teknik rendaman dua langkah. Hasilnya memang ketara, buah nampak lebih bersih, segar dan berkilat!

Kalau nak tahu cara cuci buah yang betul, ikut langkah ini.

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

CARA CUCI BUAH YANG BETUL

cara cuci buah

1. Langkah 1: Rendaman Air Sejuk + Garam

Ini adalah langkah pertama dalam tips cuci buah yang ramai tak buat, tapi sebenarnya sangat penting.

Caranya:

  • Masukkan buah ke dalam mangkuk besar
  • Pastikan buah tenggelam sepenuhnya
  • Tambahkan 1 sudu garam
  • Isi air secukupnya (air sejuk lebih digalakkan)
  • Tambahkan ais batu untuk sejukkan air

Tempoh rendaman:

  • 20 – 30 minit

Kenapa penting?

Dalam tips cuci buah ini, suhu sejuk membantu mengurangkan aktiviti bakteria, manakala garam pula bantu menanggalkan kotoran dan sisa pesticide pada buah.

2. Langkah 2: Rendaman Air Sejuk

Selepas langkah pertama, teruskan dengan langkah kedua untuk hasil lebih bersih.

Caranya:

  • Buang air rendaman pertama
  • Masukkan semula buah ke dalam mangkuk
  • Isi dengan air sejuk sahaja (tanpa garam)

Tempoh rendaman:

  • 20 minit

Langkah ini penting dalam tips cuci buah kerana ia membantu membuang baki garam dan kotoran yang masih melekat.

3. Langkah Akhir: Keringkan

Selepas selesai kedua-dua rendaman:

  • Tapis buah
  • Lap dengan tisu atau kain bersih hingga kering

Hasilnya: buah akan nampak lebih bersih, shiny dan segar, terus ready untuk dimakan!

Tips Penting Cara Cuci Buah

  • Air paip boleh digunakan jika tiada water filter
  • Tambah ais batu untuk hasil lebih efektif
  • Sesuai untuk buah seperti anggur, epal, strawberi dan lain-lain

Kenapa Cara Cuci Buah Ini Lebih Baik?

Dengan tips cuci buah yang betul, anda boleh:

  • Kurangkan sisa racun perosak
  • Buang kotoran halus yang tak nampak
  • Pastikan buah lebih selamat dimakan

Ramai tak sedar, buah yang nampak bersih sebenarnya masih belum cukup bersih jika tak dicuci dengan betul.

Kalau anda serius nak jaga kesihatan, tips cuci buah ini memang wajib cuba. Mudah, tak guna bahan mahal, tapi hasilnya jauh lebih meyakinkan.

Selepas ini, jangan sekadar bilas, buat betul-betul baru puas hati.

Semoga bermanfaat!

Sumber: deedee_cooks_new

Baca juga: Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN