Aneka Talam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Pulut Hitam

Aneka Talam

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
    100gm beras pulut hitam
    250gm beras pulut putih } di rendam semalaman berasingan
  • Bahan B
    250ml air
    50ml santan pekat KARA
    1 1/2 sudu teh garam
  • Bahan C (Lapisan Atas)
  • 40gm tepung beras
  • 20gm tepung kastard
  • 40gm tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 150ml santan pekat KARA
  • 130ml air
  • 90gm gula kaster
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Toskan pulut hitam dan kukus selama 30 minit. Angkat dan ketepikan.
  • Toskan pulut putih dan kukus selama 30 minit. Angkat dan gaulkan dengan pulut hitam dan bahan B hingga rata.
  • Pulut yang digaul tadi dimasukkan kedalam loyang 8″ empat segi yang dilapik dengan daun pisang atau plastik. Tekan padat pulut kedasar loyang dan kukus selama 10 minit lagi.
  • Satukan bahan C, gaul rata dan tapis.
  • Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dikukus tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  • Biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
  • Jika ingin membuat 2 lapisan atas dgn berlainan warna gandakan bahan C.
  • Selepas adunan masak, masih terdapat air pada permukaannya tuang keluar air tersebut perlahan2 baru dimasukkan lapisan seterusnya

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN