resepi spaghetti goreng

Jika sudah bosan dengan menu nasi, apa kata tukar selera sikit dengan resepi Spaghetti Goreng? Nak masak cepat di rumah, inilah menu penyelamat yang kenyang dan puas hati.

Resepi Spaghetti Goreng yang dikongsikan oleh yaayaa1437 di TikTok sangat mudah dibuat. Tak perlu sos mahal pun, cukup guna bahan dapur yang memang sedia ada. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Spaghetti Carbonara Simple & Mudah, Tak Sampai Setengah Jam Dah Siap Masak!

RESEPI SPAGHETTI GORENG

resepi spaghetti goreng

Bahan-bahan rebus spaghetti:

Bahan potong:

  • 1 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 hingga 2 cili merah
  • Isi ayam
  • Tomato kecil (pilihan)

Bahan-bahan lain:

  • 1 kiub ayam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa

resepi spaghetti goreng

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, rebus spaghetti dengan minyak masak dan garam, toskan setelah lembut.
  2. Kemudian, tumis bawang dan cili sampai naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan cili giling dan isi ayam.
  4. Seterusnya, ketepikan ayam dan masukkan telur.
  5. Setelah itu, masukkan sos tomato, sos cili dan buah tomato yang telah dipotong tadi.
  6. Masukkan kiub ayam, spaghetti, garam dan serbuk perasa, kemudian gaulkan sebati.
  7. Akhir sekali, taburkan campuran daun herba itali.

Selamat mencuba!

Sumber: yaayaa1437

Baca juga: Spaghetti Aglio Olio Anti Gagal, Ada Cara Untuk Elak Daripada Terhangit

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN