
Nampak macam susah, sebenarnya nak buat chocolate puff ini sangat senang! Bayangkan gigitan pertama coklat puff yang rangup di luar, kemudian terasa pula coklat cair panas-panas meleleh dalam mulut. Nikmat dia memang lain macam!
Hanya perlukan tiga bahan je, tapi hasilnya memang memuaskan hati. Bukan setakat budak-budak suka, orang dewasa pun confirm tak cukup satu bila rasa. Sesuai sangat untuk hidangan petang bersama teh panas atau jadi pencuci mulut selepas makan.
Baca juga: Jom Buat Sendiri Japanese Cream Puff Inti Coklat, Bila Gigit Memang Rangup & Gebu!
CARA BUAT CHOCOLATE PUFF 3 BAHAN

Bahan-bahan:
- Puff pastry saiz 4 inci (dipotong dua)
- Milk chocolate coins (atau coklat pilihan)
- 1 biji kuning telur (untuk sapuan)
Cara membuatnya:
- Ambil puff pastry dan potong kepada dua bahagian. Pastikan pastri dalam keadaan separa lembut supaya senang dilipat.
- Susun milk chocolate coins di atas bahagian tengah pastri. Jangan letak terlalu banyak supaya coklat tak meleleh keluar semasa dibakar.
- Lipat puff pastry menjadi dua, menutupi coklat.
- Tekan bahagian tepi pastri menggunakan garfu sehingga rapat dan kemas. Ini penting untuk elakkan coklat tertumpah keluar.
- Sapukan kuning telur di bahagian atas pastri untuk hasilkan warna keemasan yang cantik bila masak.
- Susun dalam air fryer, jangan terlalu rapat supaya ia mengembang dengan elok.
- Bakar selama lebih kurang 20 minit pada suhu sederhana atau hingga puff pastry kelihatan garing dan keemasan.
Sumber: Hana Ramli
Baca juga: Resepi Puff Pastry Sosej Cheese Dengan 3 Langkah, Tengok Je Dah Terliur!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














