ais kacang

Kalau sebut saja hidangan popular, pasti terlintas di fikiran nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan teh tarik. Tidak ketinggalan juga pencuci mulut kegemaran ramai iaitu ais kacang atau air batu campur, lebih-lebih lagi bila dinikmati pada cuaca panas.

Tak hairanlah ramai pelancong luar negara turut jatuh hati dengan rasanya. Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering apabila seorang lelaki di Sweden mencuri perhatian kerana menjual ais kacang di sana.

Menurut Wawa, lelaki tersebut mula mengenali air batu campur ketika berkunjung ke Malaysia. Sejak itu, dia benar-benar menggemarinya dan apabila pulang ke negaranya, dia bertekad untuk membuka gerai sendiri.

Baca juga: ‘Hari Ini Cuti Masak’ – Tetamu Buat Status Lepas Tapau Lauk Kenduri, Tuan Rumah Tanggung Malu Makanan Tak Cukup!

GIGIH IMPORT MESIN AIS KACANG DARI MALAYSIA!

ais kacang

Lebih menarik, demi memastikan rasa asli, lelaki itu sanggup membeli mesin pengisar ais khas dari Malaysia.

“Lelaki Sweden ini jatuh cinta dengan ais kacang. Dia siap beli mesin dari Malaysia dan sekarang berniaga guna gerai basikal comel di Stockholm,” kata Wawa.

Difahamkan, ais kacang tersebut dijual ketika musim panas di lokasi tumpuan pelancong seperti Gamla Stan dan Slussen.

Dalam perkongsian video itu, Wawa turut menunjukkan semangkuk air batu campur yang dibelinya pada harga 60 SEK (anggaran RM28).

“Sedap, terubat sikit rindu dekat Malaysia,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat ais kacang dijual di Sweden. Ada yang bergurau, “Lepas ni penuh la orang berniaga kat situ rojak, laksa, mee kari, lokching… pening la majlis kat sana.”

Malah ada juga yang menambah, “Dia mesti pi utara hari tu, sebab tempat lain panggil ABC.” Tak kurang yang tertanya-tanya, “Dia jual air batu campur musim panas. Musim sejuk dia jual apa?”

“Ya Allah, mesin oldskool tu kau bawak sampai ke sana,” tulis seorang netizen, manakala yang lain pula mengaku teringin, “Rasa nak makan ais kacang kat Sweden pulak la.”

Ada juga yang berjenaka, “Tak lama ada jual goreng pisang tepi jalan,” sementara seorang lagi mengimbas nostalgia, “Jauh merantau ya air batu campur, yang legend nya mesin air batu tu… zaman aku kot.”

Video penuh:

@wawawandering__

A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp

♬ Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee

Sumber: TikTok wawawandering__

Baca juga: Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Undang Sebak, Setia Tunggu Bawah Panas Terik Walau Tiada Pelanggan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN