
Kalau anda peminat air matcha, pasti suka dengan resepi aiskrim matcha ini. Rasanya lemak berkrim dengan aroma matcha yang wangi memang cukup menyegarkan.
Anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan hanya 3 bahan asas. Hasilnya tetap gebu serta lembut macam aiskrim yang dijual di kedai.
Yang lebih menarik, resipi ini tak perlu guna mesin aiskrim pun! Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya di bawah.
Baca juga: Cara Buat Puding Aiskrim Simple Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!
RESEPI AISKRIM MATCHA HOMEMADE GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Whipping cream
- Serbuk matcha (matcha milk powder)
- Gula
Cara-cara penyediaannya:
- Larutkan serbuk matcha dalam sedikit air suam.
- Masukkan gula dan kacau sehingga larut sepenuhnya.
- Tuang whipping cream ke dalam mangkuk besar, kemudian putar sehingga mencapai 60–70% kental.
- Masukkan campuran matcha sedikit demi sedikit ke dalam whipping cream dan gaul hingga sebati.
- Pindahkan adunan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku semalaman.
Tip buat aiskrim matcha lagi sedap:
- Gunakan serbuk susu matcha kerana lebih mudah bercampur dengan whipping cream. (Susu bertindak sebagai pengemulsi.)
- Larutkan matcha dengan sedikit sahaja air. Kalau terlalu banyak air, adunan akan jadi cair bila dicampur dengan whipping cream.
- Setiap 1 jam sekali, kacau semula aiskrim semasa dalam proses membeku. Ulang 3–4 kali untuk tekstur lebih halus dan berkrim.
- Pastikan whipping cream dalam keadaan sejuk sebelum diputar supaya lebih mudah naik kental.
Sumber: Can Eat Mah
Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














