Bagi meraikan rasa unik Heinz Tomato Ketchup yang digemari dan disukai ramai, baru-baru ini Heinz telah melancarkan resipi pertama Heinz Tomato Ketchup Burger di dunia sempena Hari Burger Antarabangsa.

Menggabungkan rasa ikonik ketchup nombor satu dunia, Heinz Tomato Ketchup Burger menjanjikan pengalaman burger yang lebih premium berbanding burger harian yang biasa anda makan.

GABUNGAN KLASIK BURGER & KETCHUP NO.1 DUNIA CIPTA RASA IKONIK

Heinz Burger Day

Boleh dihasilkan menggunakan daging mahupun sayur-sayuran, resipi Heinz Tomato Ketchup Burger telah diolah untuk menampilkan rasa ikonik gabungan rasa bahan-bahan yang digunakan bersama-sama Heinz Tomato Ketchup.

Cuba anda bayangkan,  patty daging berjus yang masih panas, disalut dengan keju cheddar dan ketchup, kemudian diapit menggunakan roti brioche yang lembut… Perghhh!!! Memang layan la.

Menurut Mark N. Quiambao, Pengurus Produk Kumpulan, Western Taste Elevation, Heinz telah mencipta resipi burger ketchup yang terbaik. Ia adalah hidangan sempurna untuk peminat sos tomato dan burger.

Tambahnya lagi gabungan rasa ini mungkin kelihatan luar biasa bagi sesetengah orang, namun percayalah ini akan memberikan rasa berbeza, yang tak pernah anda cuba sebelum ini.

‘NO NASTIES’ HEINZ TOMATO KETCHUP GUNA BAHAN BERKUALITI

Heinz Burger Day

Heinz Burger Day

Dihasilkan daripada resipi turun-temurun dengan menggunakan buah tomato yang berkualiti tinggi, Heinz Tomato Ketchup tidak mengandungi sebarang pewarna, bahan perasa dan bahan pengawet tiruan.

Maka, tak hairanlah anda dapat menikmati rasa asli sos tomato dalam setiap lapisan dan gigitan Heinz Tomato Ketchup Burger.

Kalau anda nak tahu, macam mana rasa ‘Heinz Tomato Ketchup Burger’? Anda boleh klik link dibawah.

Klik sini >>> Resepi Heinz Tomato Ketchup Beef/Vegan Burger edisi terhad.

Apa yang pasti, rasa dari Heinz Tomato Ketchup buat kita ingat kembali zaman kecil, makan burger tepi jalan, cicah tomato ketchup banyak-banyak tanpa perlu fikirkan apa-apa, memang enjoy betul masa tu.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Dapatkan Heinz Tomato Ketchup di pasaraya yang berdekatan dan cuba resepi ‘Heinz Tomato Ketchup Burger’ sekarang juga.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN