cara membuat telur dadar

Sesiapa pun pasti seronok jika dapat makan Telur Dadar yang gebu bersama nasi putih. Jadi, kami nak kongsikan tentang cara membuat Telur Dadar yang tebal dan puas dimakan.

Nak lebih menarik, Telur Dadar boleh juga dimakan begitu saja dengan menjadikannya seperti telur gulung. Selain itu, ia boleh dijadikan sampingan kepada nasi goreng.

Kami baru saja dapat tahu terdapat cara buat Telur Dadar yang menarik untuk hasilnya jadi tebal dan kembang dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi!

CARA MEMBUAT TELUR DADAR

cara membuat telur dadar

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan telur, garam, ajinomoto dan sedikit air.

2. Selepas itu, pukul adunan sekuatnya dengan menggunakan garfu dalam mangkuk melengkung.

3. Kemudian, sengetkan mangkuk dan pukul selaju yang mungkin selama 15 saat.

4. Seterusnya, panaskan minyak dan pastikan jangan terlalu banyak atau sedikit supaya ia kembang molek.

5. Setelah telur dadar kembang elok, boleh terbalikkan dan goreng seperti biasa. Siap untuk dihidang!

cara membuat telur dadar

Jika dilihat betul-betul, hasilnya lebih kurang sama seperti yang biasa dibuat di kedai makan. Selepas tahu cara membuat Telur Dadar ini, bolehlah hidangkan untuk keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN