kuah kacang

Resipi kuah kacang ini bukan setakat sesuai untuk musim perayaan, ia juga sedap dijadikan hidangan harian. Pagi-pagi boleh makan dengan nasi impit, malam pula cicah dengan sate. Memang padu!

Buat ibu-ibu yang sibuk, resipi mudah dan sedap macam ini memang jadi pilihan. Jadi, jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh perkongsian oleh Nor Salina Aziz di bawah.

Baca juga: Resipi Sate Ayam Mudah, Guna ‘Teknik’ Ini Supaya Jadi Juicy & Tak Hangit

CARA BUAT KUAH KACANG PALING MUDAH

kuah kacang

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 1.5 kg
  • Sangai tanpa minyak sampai garing dan rangup (kisar kering)
  • Udang kering 200g (kisar kering)
  • Cili kering (kuantiti ikut tahap kepedasan yang diinginkan, rebus dan kisar bersama sedikit minyak)
  • Tambah sebiji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih masa kisar
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air biasa (agak-agak ikut kepekatan yang nak)

Cara-cara:

  1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  3. Masukkan udang kering, kacang yang dah dikisar, dan air
  4. Masukkan air asam jawa
  5. Masak hingga kuah pekat dan minyak timbul di permukaan

Tips akhir: Sebelum tutup api, rasa dulu kuah. Kalau ada yang kurang, ubai suai ikut selera sendiri.

Sumber: Nor Salina Aziz

Baca juga: Jom Buat Nasi Impit Cara Orang Lama, Kena Tekan Nasi Lembik Panas-Panas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN