resipi kepak ayam madu

Buat anda yang suka makan hidangan sampingan sewaktu berbuka puasa, kami cadangkan anda buat resipi Kepak Ayam Madu ini. Makan panas-panas, memang sedap meratah.

Kepak Ayam Madu merupakan antara makanan popular di Malaysia dan sering laku keras di bazar Ramadan. Makan satu kepak ayam saja tak cukup, pasti nak tambah lagi.

Buat pengetahuan anda, Kepak Ayam Madu sebenarnya sangat mudah dibuat sendiri di rumah. Asalkan cukup bahannya, pasti dapat hasil menjadi nanti.

Nur Masri telah kongsikan resipi Kepak Ayam Madu di Facebook dengan hasilnya yang cukup menyelerakan. Jika dilihat, selera pun boleh tergoda dibuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Rangup Tanpa Telur, Sedapnya Lain Dari Yang Lain!

RESIPI KEPAK AYAM MADU

resipi kepak ayam madu

Bahan-bahan:

  • 15 ketul kepak ayam
  • 5 sudu besar madu
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos bbq
  • Serbuk cili atau paprika
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar gula perang atau gula putih
  • 2 sudu minyak jagung atau butter cair
  • Serbuk perasa
  • Pewarna merah
  • Garam

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, campurkan semua bahan kecuali kepak ayam.

2. Selepas itu, gaulkan adunan pada kepak ayam sampai tersalut semuanya.

3. Kemudian, perap sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam (semalaman lagi sedap).

4. Akhir sekali, bakar dalam oven atau air fryer sampai masak. Siap untuk dihidang!

resipi kepak ayam madu

Resipi Kepak Ayam Madu ini bukan saja boleh diratah begitu saja, malah anda boleh jadikannya sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi putih yang panas.

Apabila buat Kepak Ayam Madu ini di rumah, kami jamin keluarga anda terutamanya anak-anak pasti berebut nak makan kerana lazatnya tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN