paprik ayam simple

Setiap kali pergi ke kedai tomyam, mesti nak pesan masakan paprik yang sedap tak terhingga. Sebenarnya, ada cara masak Paprik Ayam simple yang anda boleh cuba di rumah.

Di Malaysia, paprik merupakan hidangan goreng yang berkuah cili dan sering menjadi lauk yang sering dipesan apabila berada di restoran makanan Thai atau kedai-kedai tom yam.

Makanan yang berasal dari negara Thailand ini sudah serasi dengan selera orang Malaysia. Boleh dikatakan, setiap kedai makan mempunyai hidangan ini dalam menu mereka.

Tak perlu keluar sekalipun, anda boleh buat Paprik Ayam simple yang sedap di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Sue Zana di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur

RESIPI PAPRIK AYAM SIMPLE

paprik ayam simple

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 3 hingga 4 sudu besar cili kisar
  • 5 hingga 6 sudu besar sos cili
  • ½ bawang besar (dipotong nipis)
  • ½ bawang besar (dipotong besar untuk hiasan)
  • 2 batang serai (dipotong nipis)
  • 1 biji tomato
  • 5 hingga 6 batang cili api (diketuk)
  • Daun limau purut
  • ½ batang lobak merah (dipotong bulat)
  • Garam secukup rasa
  • Kicap manis
  • Minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan kuali dengan minyak terlebih dahulu.

2. Kemudian, tumis bawang yang telah dipotong nipis tadi bersama daun limau purut dan serai.

3. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau, kemudian masukkan sos cili.

4. Selepas itu, masukkan ayam dan gaul sampai separuh masak.

5. Seterusnya, masukkan garam, cili api dan bawang yang telah dipotong besar tadi.

6. Akhir sekali, masukkan lobak merah dan masak sampai sayur lembut. Setelah itu, boleh tutup api.

paprik ayam simple

Kredit Gambar: mrsiraphol dari Freepik

Jika suka, boleh masukkan sayur lain seperti putik jagung, kacang panjang dan banyak lagi. Paling penting, Paprik Ayam simple ini mudah dimasak dan caranya pun tak begitu renyah.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Sue Zana, mrsiraphol dari Freepik

Sumber: Sue Zana

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN