resepi garam kunyit

Nak bersiap sedia pada bulan Ramadan dan Syawal, kenalah tahu kerja memasak yang mudah. Oleh itu, kami kongsikan resepi garam kunyit ini yang pasti membantu anda nanti.

Resepi garam kunyit ini sangat berguna kerana kerja memasak akan jadi lebih mudah. Bukan saja boleh digunakan untuk menggoreng, malah pelbagai hidangan boleh dibuat dengannya.

Apabila sudah ada pes garam kunyit ini di dapur, anda tak perlu potong bawang lagi kerana semuanya sudah ada di dalam pes ini. Selain itu, tak perlu letak garam atau serbuk perasa lagi.

Anda hanya perlu gunakan pes garam kunyit ini dan lumurkan saja pada ikan atau ayam, terus boleh masak dengan mudah. Senang cerita, boleh jimat tenaga dan masa di dapur.

Syeeda Shaari telah sudi kongsikan resepi garam kunyit di Facebook yang mana pes ini merupakan air tangan daripada ibunya sendiri. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Asam Jawa Dengan 2 Bahan, Senang Tak Perlu Buang Biji Lagi

RESEPI GARAM KUNYIT

resepi garam kunyit

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, basuh semua bahan yang digunakan sehingga bersih dan keringkan (pastikan setiap bahan tak berada dalam keadaan lembap sebelum dikisar).

resepi garam kunyit

2. Selepas itu, kisar semua bahan dengan menggunakan blender sehingga hancur sepenuhnya.

3. Akhir sekali, boleh simpan dalam bekas yang kering dan kedap udara. Siap untuk digunakan!

Perkara paling menarik tentang resepi garam kunyit ini adalah ia takkan berkulat atau busuk walaupun bekasnya diletakkan di luar peti sejuk untuk jangka masa yang lama.

Pes garam kunyit ini sangat sedap untuk digunakan dalam apa-apa perapan jenis daging sekalipun. Bukan saja mudah, malah segala bau yang kurang menyenangkan akan hilang.

Jika nak masakan menjadi lebih sedap, anda boleh juga tambahkan serai bersama pes garam kunyit ini semasa memasak nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Syeeda Shaari

Baca juga: Perencah Ikan Bakar Homemade Yang Pasti Sedap, Boleh Simpan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN