bawal sweet sour

Jika tiada idea lauk tengah hari atau malam pada hari ini, kami cadangkan anda cuba masak Bawal Sweet Sour di rumah. Nampak ringkas, tapi lauk ini ada kesedapannya tersendiri.

Bawal Sweet Sour atau dipanggil juga sebagai bawal masam manis merupakan hidangan ikan bawal bersama kuah yang pekat dengan masam, manis, dan pedas yang cukup harmoni.

Bukan setakat caranya mudah, malah bahan-bahannya juga mudah dicari. Lauk ini apabila didengar nampak mewah, tapi cara memasaknya senang teramat.

Melalui perkongsian Bawal Sweet Sour oleh Khairunnisah Wahi, anda dapat lihat bahawa tiada perasa yang digunakan sama sekali dalam resipi ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Bawal Masak Stim Simple, Menu Orang Baru Kahwin Ini Buat Suami Puji Berbakul

RESIPI BAWAL SWEET SOUR

bawal sweet sour

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, ikan bawal digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai yang telah dihiris sampai layu.

3. Kemudian, masukkan sedikit cili kisar dan kacau sampai cili nampak agak garing.

4. Masukkan sos cili, sos cili Thai, sos tiram dan sos ikan, kemudian gaul rata.

5. Selepas itu, masukkan sedikit air dan gaul sampai agak pekat.

6. Seterusnya, masukkan ikan dan gaul rata sampai kuah bersalut pada ikan.

7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan daun limau purut serta cili padi (saya tak letak perasa sama sekali sebab memang rasanya sudah cukup seimbang). Siap untuk dihidang!

bawal sweet sour

Kuantiti bahan dalam resipi Bawal Sweet Sour ini hanya perlu agak-agak saja. Jika anda lebih suka hidangan lauk yang banyak kuahnya, boleh lebihkan air semasa memasak nanti.

Bukan saja ikan bawal, malah anda boleh mempelbagaikan hidangan lauk dengan menggantikan jenis ikan lain seperti kembung, tongkol, siakap dan banyak lagi dalam resipi ini.

Jika tiada ikan di rumah, boleh buat dengan telur mata pula. Apa-apa pun, ia tetap sedap dimakan dan sangat sesuai dijadikan sebagai lauk buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairunnisah Wahi

Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN