ayam rendang tanpa santan

Orang Melayu paling suka makan rendang pada musim perayaan seperti Hari Raya. Tak perlu tunggu Hari Raya sekalipun, anda boleh buat Ayam Rendang tanpa santan yang sedap.

Ia merupakan hidangan tradisional yang digemari oleh rakyat Malaysia. Lauk ini boleh dibuat dengan daging lembu atau kambing, tapi ayam adalah pilihan paling disukai ramai.

Biasanya rendang akan dimasak dengan santan supaya rasa berlemak, namun resipi ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan.

Tengok saja pun tak cukup, jadi kami cadangkan anda buat Ayam Rendang tanpa santan dengan resipi oleh Nur Amalina di Facebook sebagai lauk pada hari ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi

RESIPI AYAM RENDANG TANPA SANTAN

ayam rendang tanpa santan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Rempah ratus : kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Cili kering
  • Lada basah merah
  • Serai (kisar atau tumbuk)
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Daun limau purut (nak hiris boleh, tak hiris pun tak apa)
  • Daun kunyit (dimayang atau dihiris halus)
  • Garam
  • Gula
  • Asam keping
  • Kerisik

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering, lada basah merah, serai, ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

2. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, kemudian tumis bahan yang sudah dikisar sampai pecah minyak.

3. Selepas itu, masukkan ayam dan tambah sedikit air.

4. Apabila air sudah menggelegak, garam, gula, asam keping, daun limau purut dan biarkan ia masak.

5. Setelah agak-agak sudah cukup rasa, masukkan daun kunyit dan kacau sebati.

6. Akhir sekali, masuk pula kerisik dalam 3 sudu pun okay. Siap untuk dihidang!

ayam rendang tanpa santan

Apabila nampak Ayam Rendang tanpa santan ini, terus teringat kenangan sewaktu Hari Raya pada tahun lepas. Jadi, bolehlah buat lagi lauk ini pada bila-bila masa nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Amalina (نور امالينا)

Baca juga: Resepi Kuah Lodeh Simple, Guna 4 Langkah Ini Untuk Cepat Masa Pagi Raya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN