resepi roti telur cheese

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti telur biasa saja, apa kata hari ini anda cuba resepi Roti Telur Cheese lain dari yang lain pula?

Roti Telur Cheese ialah idea sarapan yang disukai ramai, terutamanya golongan mak-mak. Tambahan pula, kanak-kanak suka makan makanan yang nampak menarik di mata mereka.

Kadangkala banyak lebihan roti sampai tak tahu nak buat apa. Jangan risau, anda boleh gunakan resepi Roti Telur Cheese oleh Khairul Abdullah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Roti Canai Lembut Tanpa Telur, Guna Teknik Ini Pasti Kurang Berminyak

RESEPI ROTI TELUR CHEESE

resepi roti telur cheese

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti putih
  • Sedikit bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit daun bawang (dipotong)
  • 2 keping cheese keping
  • Sedikit daun ketumbar atau daun sup (dipotong)
  • Sedikit tomato (dipotong dadu)
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pecahkan telur dan kacau bersama sedikit garam.

2. Selepas itu, ambil roti dan tebuk bahagian tengahnya mengikut saiz cheese keping.

3. Kemudian, panaskan kuali dengan api perlahan dan cairkan sedikit butter.

4. Seterusnya, letakkan kepingan roti yang telah ditebuk mengikut saiz cheese keping.

5. Cedukkan sedikit butter ke dalamnya dan masukkan bawang, tomato, daun bawang, daun ketumbar, kemudian kacau sekejap.

6. Masukkan separuh telur dan letakkan lada hitam, kemudian biarkan sampai mengeras.

7. Selanjutnya, letakkan cheese keping di atas dan lebihan potongan roti untuk tutupkannya.

8. Akhir sekali, terbalikkan dan biar seminit, kemudian angkat. Siap untuk dinikmati!

resepi roti telur cheese

Nak pastikan Roti Telur Cheese ini kelihatan sempurna, anda perlu gunakan kuali non-stick semasa membuatnya sekaligus mengelakkan cheese yang mencair akan melekat pada kuali.

Resepi Roti Telur Cheese ini bukan saja untuk sarapan, malah boleh dibuat sebagai minum petang juga. Jika ada roti hampir tarikh luput, bolehlah guna resepi ini sebagai penyelamat.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Cara Buat Lempeng Guna Roti Gardenia, Cepat Siap Dengan 5 Langkah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN