kuah rojak petis

Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata anda belajar buat Kuah Rojak Petis sendiri di rumah, lebih puas hati!

Bukan setakat orang Melayu, malah orang Cina dan India juga suka makan Rojak Petis ini. Senang cerita, semua rakyat Malaysia suka menikmati hidangan ini pada masa lapang.

Selain mudah didapati dijual di gerai tepi pantai, ada juga peniaga di pasar malam yang menjual Rojak Petis. Tapi, lebih seronok jika dapat buat dengan air tangan sendiri di rumah.

Cara buat Rojak Petis sangat ringkas kerana ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati serta murah harganya.

Antara bahan yang diperlukan dalam Rojak Petis adalah buah nanas, mangga, timun, tauhu, sengkuang, tauge dan lain-lain. Namun, perkara paling penting adalah kelazatan pada kuahnya.

Nak hasil kuah yang pekat berkilat, boleh cuba resipi Kuah Rojak Petis yang dikongsikan oleh Roslinda Razak di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuah Soto Paling Menjadi, Sumpah Sedap Sampai Licin Mangkuk

RESIPI KUAH ROJAK PETIS

kuah rojak petis

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
  • 2 sudu besar petis
  • Secubit belacan bakar (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 5 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • Air asam jawa
  • Kicap
  • Sedikit garam
  • Gula

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaulkan kacang tumbuk, cili kisar dan cili padi.

2. Selepas itu, tumbuk dalam satu bekas.

3. Kemudian, masukkan petis, belacan tumbuk, air asam jawa dan kicap.

4. Seterusnya, letak sedikit garam dan gula.

5. Akhir sekali, kacau sehingga sebati. Siap untuk digunakan!

kuah rojak petis

Kuah Rojak Petis ini sangat sedap digandingkan dengan buah-buahan tempatan. Ditambah pula dengan tauhu yang segar, pasti selera lebih terangkat dibuatnya.

Rojak Petis paling sedap dinikmati pada waktu petang. Jika anda hidangkan untuk keluarga tersayang di rumah, pasti mereka akan minta buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Roslinda Razak

Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN