
Resipi daging kicap pekat ini adalah hidangan istimewa yang menjadi tanda kenangan bonda tercinta Cik Puan Farah Yasmin Hms di kampung.
Daging empuk yang disaluti kuah pekat dan kaya rasa ini sangat enak dinikmati bersama sayur air dan ikan goreng. Tidak sukar untuk disediakan dan dijamin semua boleh mencubanya dengan mudah!
Jom tengok resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!
RESIPI DAGING KICAP PEKAT
Bahan-Bahan Perapan:
- 1 kg daging (potong besar, sebaiknya guna daging keting)
- 1 labu bawang putih (ditumbuk lumat)
- 5 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
- 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
Cara Penyediaan Perapan:
1. Perap daging bersama bahan bertanda * selama 10 minit.

2. Rebus daging sehingga empuk dan ketepikan.
Bahan-Bahan Kuah:
- 3 labu bawang Holland (dikisar)
- 8 biji buah pelaga*
- 7 biji bunga cengkih*
- 2 batang kulit kayu manis*
- 4 sudu besar lada kering kisar
- 2 sudu besar sos tomato**
- 5 sudu besar kicap manis**
- 1 sudu besar cuka**
- Secubit asam jawa (dibancuh dengan air)
- Gula melaka (nise kerek)**
- Garam**
Cara Penyediaan Kuah:
1. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
2. Masukkan lada kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air untuk melarutkan rempah.
3. Masukkan bahan bertanda ** ke dalam tumisan. Kacau rata.
4. Masukkan daging rebus ke dalam kuah, tambah air jika perlu. Masak dengan api sederhana dan biarkan kuah meresap ke dalam daging.
Petua Tambahan:
- Semakin lama daging dimasak dalam kuah, semakin sedap kerana perisa akan menyerap ke dalam daging.
- Anda boleh menyesuaikan rasa manis, masin dan masam mengikut citarasa.
Sumber: Farah Yasmin Hms
Baca lagi: Rahsia Pulut Inti Kelapa Manis Sedap Berlemak, Rupanya Guna Jenis Beras Pulut ‘Ini’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














