Sambal kicap mentah ini memang sedap jika menikmati hidangan seperti ikan goreng, ayam goreng atau telur goreng.
Selain itu, sambal kicap mentah ini istimewa dengan rasa unik yang berbeza, boleh dicicah atau disiram atas hidangan mengikut selera.
Ia boleh dicicah begitu sahaja atau disiram terus ke atas hidangan, mengikut cita rasa masing-masing.
Walaupun ringkas, sambal ini sangat sedap dan pasti buat anda ketagih. Tak perlu lauk lain, sambal ini dah cukup memikat selera.
Baca juga: Cara Buat Sos Pencicah Serba Guna, Makan Dengan Apa Pun Pasti Sedap!
CARA BUAT SAMBAL KICAP MENTAH
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih (dicincang halus)*
- Cili merah*
- Cili hijau*
- Tomato (dipotong dadu)*
- Kicap manis
- Minyak bijan
- Garam
- Gula merah
- Sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng (guna sisa minyak goreng ikan)
- Limau nipis
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan yang bertanda (*) iaitu bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan tomato.
- Tambahkan kicap manis, garam, gula merah dan minyak bijan. Gaulkan semua bahan sehingga bercampur dengan rata.
- Selepas itu, masukkan sedikit minyak goreng dan perahkan limau nipis.
- Gaul lagi sehingga semuanya sebati dan sambal kicap mentah ini sedia untuk dihidangkan.
- Mudah saja nak buat. Walaupun ringkas tapi memang padu bila dah makan.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar
Baca juga: Resipi Kuah Kacang Cicah Cucur Udang, Cara Sangat Ringkas & Senang!