apam puteri ayu

Apa kata kita manfaatkan masa di dapur dengan membuat kuih tradisional yang digemari ramai iaitu apam puteri ayu. Tapi, kali ini kami kongsikan versi yang lebih mudah dan cepat tak perlu acuan kecil-kecil.

Kuih ini sesuai untuk sarapan dan minum petang dan kalau ikut resipi ini, confirm sedap! Disertakan juga beberapa tip tambahan untuk dapat kuih yang sempurna.

Jom tengok resipi lengkap.

Baca lagi: Resipi Kek Coklat Ala Apollo, Buat Guna Loyang Besar Confirm Puas Makan!

RESIPI APAM PUTERI AYU

Bahan-Bahan Kelapa (Lapisan Bawah):

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.

2. Padatkan campuran kelapa ini ke dalam loyang yang telah disapu minyak.

Bahan-bahan Apam Hijau:

  • 2 biji telur B
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100g gula kastor (1/2 cawan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100ml santan (1/2 cawan)
  • 125g tepung gandum (1 cawan)
  • 1 sudu teh baking powder

Cara Penyediaan:

1. Campurkan kelapa parut, tepung jagung, dan garam dalam satu mangkuk. Gaul rata dan padatkan campuran ini ke dalam loyang. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu supaya kelapa tidak melekat.

2. Dalam mangkuk lain, pukul telur, ovalette, gula kastor, dan esen vanila sehingga adunan menjadi gebu dan ringan (kira-kira 10 minit).

3. Setelah adunan telur sebati, masukkan santan dan kacau rata. Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Gaul menggunakan spatula sehingga semuanya sebati tanpa ada ketulan tepung.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian warnakan dengan warna pilihan. Nak hijau atau warna lain, ikutlah selera masing-masing!

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dipadatkan dengan kelapa tadi. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana besar.

6. Setelah masak, terbalikkan loyang dengan perlahan-lahan dan biarkan sejuk sebelum dipotong. Jika tidak sejuk, kelapa akan berterabur.

Tip:

  • Resipi ini sebenarnya sama seperti puteri ayu tradisional, cuma lebih ringkas kerana menggunakan loyang besar bukan acuan kecil.
  • Gunakan loyang bersaiz sederhana iaitu tidak terlalu besar atau tinggi.
  • Jika tiada santan, boleh ganti dengan campuran ½ cawan susu segar + 1 sudu besar minyak masak.

Sumber: Dari Dapur Seorang Amatur

Baca lagi: Guna Periuk Nasi Pun Boleh Buat Kuih Seri Muka Simple, Tak Sangka Mudah Caranya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN