beza butter dan marjerin

Buat anda yang mempunyai hobi membuat kuih atau kek pada masa lapang di rumah, kenalah tahu betapa pentingnya beza butter dan marjerin untuk digunakan nanti.

Butter dan marjerin telah menjadi teman setia buat mereka yang terlibat dalam pembuatan kuih atau kek. Senang cerita, dapur akan terasa tak sempurna tanpa kedua-dua bahan ini.

Sekali pandang saja, memang nampak sama daripada luarannya. Tapi, setiap jenis bahan ini mempunyai kandungan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Oleh itu, kami nak kongsikan beza butter dan marjerin supaya mudah untuk anda tahu bahawa yang mana lebih bagus hasilnya nanti. Jom kita tengok perbezaannya!

Baca juga: Beza Jintan Putih Dan Jintan Manis, Kena Tahu Sesuai Untuk Masak Apa

BEZA BUTTER DAN MARJERIN

Butter

beza butter dan marjerin

  • Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  • Warna yang lebih pucat berbanding marjerin.
  • Lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  • Mengandungi kandungan vitamin yang tinggi daripada marjerin.
  • Perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Sesuai digunakan untuk memasak makanan Barat, menumis sup pekat, kek dan pastri.
  • Jika digunakan untuk buat kek, hasilnya akan menjadi lebih lembut dan berbau harum.

Marjerin

beza butter dan marjerin

  • Diperbuat daripada lemak sayuran.
  • Warna yang lebih kuning berbanding butter.
  • Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
  • Mengandungi kandungan vitamin yang rendah daripada butter.
  • Kandungan lemak rendah yang biasanya akan membuatkan doh atau adunan menjadi lebih padat.
  • Sesuai digunakan untuk membuat nasi tumis, biskut, kek klasik dan kuih tradisional.
  • Jika digunakan untuk buat kuih seperti karipap, hasilnya akan menjadi lebih rangup.

Setelah tahu tentang beza butter dan marjerin, dapatlah anda gunakan kedua-dua bahan ini dengan sebaik mungkin untuk buat kuih atau kek yang sedap di dapur nanti.

Jangan lupa kongsikan info menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan. Selepas ini, dapatlah anda buat kuih atau kek dengan hasil memuaskan dan kena dengan citarasa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: EasyBakeLab

Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN