cara rangupkan biskut lemau

Baru saja buat biskut tapi apabila makan, terasa lemau pula. Perkara ini boleh buat kita hilang mood, tapi sebenarnya terdapat cara rangupkan biskut lemau ini semula.

Biskut sudah menjadi snek kesukaan ramai tak kira golongan, terutamanya kanak-kanak untuk dinikmati pada masa lapang. Paling seronok jika cicah dengan air teh, nikmat tak terhingga.

Antara masalah tentang biskut yang sering dihadapi adalah lemau apabila dimakan. Orang kata, biskut sudah masuk angin dan rasanya menjadi tak sedap.

Kadangkala, tak perasan biskut terbiar lama di luar atau tak tutup dengan bekas kedap udara dengan betul. Oleh sebab itu, kenalah simpan biskut dengan betul.

Jika sudah terlanjur menghadapi masalah ini, anda boleh gunakan beberapa cara rangupkan biskut lemau seperti di bawah. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Kukus Makanan Tanpa Pengukus, Lebih Mudah Dan Jimat Air!

CARA RANGUPKAN BISKUT LEMAU

1. Air fryer

cara rangupkan biskut lemau

Paling mudah jika anda mempunyai air fryer di rumah kerana tinggal masukkan saja biskut lemau ke dalamnya. Kemudian, panaskan selama 3 minit dengan menggunakan suhu 180ºC.

2. Microwave

cara rangupkan biskut lemau

Walaupun tiada air fryer, anda masih boleh pakai microwave di rumah untuk rangupkan semula biskut yang sudah lemau dengan menggunakan suhu tinggi selama 40 saat saja.

3. Oven

cara rangupkan biskut lemau

Jika tiada air fryer atau microwave, boleh guna oven juga. Anda hanya perlu letakkan biskut  lemau atau tray oven secara jarak-jarak dan panaskan dengan menggunakan 150ºC selama 5 minit.

4. Periuk nasi

Bagaimana jika tiada air fryer, microwave atau oven di rumah? Jangan risau, masukkan saja biskut lemau ke dalam periuk nasi dan biarkan keep warm selama 40 minit. Jika masih belum rangup, tambah lagi masa.

5. Sangai atas dapur

Alternatif terakhir jika tiada alatan elektrik yang kami nyatakan seperti di atas, anda boleh sangai atas dapur saja. Letakkan biskut lemau pada pan atau kuali non-stick dan sangai atas api perlahan.

Kesimpulannya, jangan terus buang jika dapati biskut di rumah sudah lemau kerana anda boleh gunakan cara di atas untuk rangupkan semula.

Semoga bermanfaat!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: Tips Cairkan Santan Beku Dari Peti Ais, Teknik Ini Dijamin Santan Jadi Cair Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN