tomyam air kelapa

Tomyam adalah hidangan popular yang digemari ramai, terutama pencinta masakan berasaskan sup yang pedas dan masam. Tetapi kali ini, jom kita cuba kelainan dengan tomyam air kelapa

Kombinasi rasa air kelapa segar dan rempah tomyam menghasilkan rasa unik yang pasti memikat selera. Jika tiada air kelapa, jangan risau, anda masih boleh menggunakan air biasa.

Jom baca resipi penuh perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!

RESIPI TOMYAM AIR KELAPA

Bahan-Bahan:

  • 20 ekor udang (dibersihkan) atau 5 ketul ayam
  • Air kelapa dan isinya (dari 1 biji kelapa muda)
  • 1 sudu besar cili mesin (atau 1 sudu besar pes tomyam botol sebagai pilihan)
  • 2 batang serai (hanya bahagian putih, diketuk)
  • 6 hirisan nipis lengkuas
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (dibelah dua)
  • ½ cawan susu cair (boleh juga guna santan atau susu kotak)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis (perah airnya)
  • 1/6 keping gula melaka
  • 1 cawan air rebusan ayam (lebih sedap jika dibuat sendiri; jika tiada, larutkan 2 kiub ayam dalam 1 cawan air)
  • 3 biji bawang besar (dibelah dua)
  • 7 biji cendawan butang
  • Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis serai, lengkuas, cili mesin (atau pes tomyam), dan daun limau purut sehingga naik bau.

2. Masukkan air kelapa bersama isinya ke dalam periuk. Tambahkan juga air rebusan ayam untuk rasa lebih sedap. Jika tiada air kelapa, gantikan dengan air biasa.

3. Masukkan udang atau ayam. Jika menggunakan ayam, masak sehingga empuk. Untuk udang, masukkan di peringkat akhir supaya tidak terlebih masak.

4. Masukkan bawang besar dan cendawan butang.

5. Tambahkan gula melaka, sos ikan, dan air perahan limau nipis. Masukkan susu cair (atau santan) untuk mendapatkan tekstur berkrim.

6. Biarkan tomyam mendidih sebentar sehingga semua bahan mesra dengan kuah. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Tip:

  • Untuk rasa lebih pedas, tambahkan cili padi yang diketuk.
  • Jika suka kuah tomyam yang lebih pekat, tambahkan lebih banyak santan atau susu cair.

Sumber: Ida Shahida

Baca lagi: Resipi Rendang Daun Kaduk, Rasa Unik, Pekat & Semestinya Menyelerakan!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN