cara buat sagu

Cara buat sagu pandan ini antara kuih yang paling mudah untuk dibuat, namun ramai yang masih tidak tahu cara yang betul. Ada yang mencuba, tapi hasilnya jadi terlalu keras, terlalu lembik atau tidak sedap.

Jangan risau, MyResipi akan kongsikan resepi kuih sagu pandan yang senang dan pasti menjadi. Resipi ini perkongsian dari saudari Rosmawatie Mansor, dijamin tak lembik dan terbentuk elok.

Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!

CARA BUAT SAGU PANDAN

cara buat sagu

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaannya:

  1. Didihkan air, gula dan daun pandan dalam periuk hingga gula larut.
  2. Masukkan sagu ke dalam air mendidih dan kacau sekejap atas api.
  3. Tak perlu tunggu sagu hilang putih, terus tuang sagu ke dalam loyang.cara buat sagu
  4. Kukus sagu selama 25 minit hingga masak sepenuhnya.
  5. Biarkan sagu sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  6. Kukus kelapa parut putih sekejap untuk memastikan ia tahan lebih lama.
  7. Akhir sekali, gaulkan sagu yang sudah dipotong dengan kelapa parut yang telah dikukus.
  8. Siap untuk dihidangkan!

Kuih sagu pandan siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rosmawatie Mansor

Baca juga: Kuih Lompang Ceria Yang Lembut Bergedik, Bukan Saja Sedap Tapi Cantik Dipandang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN