mufin labu

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh ini mendorong Cik Puan Noor Ashikin Saerah mencuba mufin labu dengan streusel.

Ditambah dengan serbuk kayu manis dan lapisan streusel, mufin ini memberikan rasa aroma yang memikat. Berbeza dengan kek cawan, mufin ini mempunyai rupa unik dan citarasa yang tidak terlalu manis.

Resipi ini menghasilkan 16 biji mufin bersaiz sederhana, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Baca lagi: Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

RESIPI MUFIN LABU DENGAN STREUSEL

Bahan-bahan (16 biji mufin, cawan kertas saiz 4.5 cm x 3.5 cm):

Bahan streusel:

  • 20 g (3½ sdb) oat
  • 20 g (2 sdb) tepung gandum
  • 20 g (2 sdb) gula perang
  • 20 g (2 sdb) mentega sejuk dari peti ais
  • 1 sdt serbuk kayu manis

Bahan adunan mufin:

  • 125 ml (½ cawan) minyak sayuran atau mentega cair
  • 300 g (1 cawan) puri labu
  • 120 g telur tanpa kulit (lebih kurang 2 biji telur gred A atau B)
  • 1 sdt esen vanila
  • 250 g (1½ cawan) gula perang (saya guna 220 g)
  • 300 g (2 cawan) tepung gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1 sdt soda bikarbonat
  • 1½ sdt serbuk kayu manis

Cara Penyediaan

1. Masukkan oat, tepung gandum, gula perang, mentega sejuk, dan serbuk kayu manis ke dalam pemproses makanan (food processor).

2. Kisar secara pulse sebanyak 7-10 kali sehingga menjadi tekstur peroi.

3. Jika tiada food processor, ramas bahan dengan tangan hingga sebati.

4. Campurkan minyak, puri labu, telur, esen vanila, dan gula perang dalam mangkuk besar. Kacau menggunakan whisk hingga sebati.

5. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam bahan cecair tadi.

6. Gaul menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik hingga semua bahan sebati.

7. Sudukan adunan mufin ke dalam cawan kertas sehingga ⅔ atau ¾ penuh.

8. Taburkan streusel di atas setiap adunan mufin.

9. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C-180°C. Bakar di rak tengah selama 20-25 minit atau sehingga masak.

mufin labu

Nota Penting:

  • Streusel boleh dibuat dengan meramas mentega sejuk menggunakan tangan jika tiada alat pemproses makanan.
  • Untuk memastikan mufin masak sempurna, cucuk lidi ke tengah mufin. Jika keluar bersih, ia sudah siap.
  • Gunakan termometer oven untuk memastikan suhu yang tepat.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Telur Masak Tomato Tanpa Bawang, Resipi Pantas Ini Dapat Pikat Selera Keluarga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN