asam rebus ikan

Resepi asam rebus ikan siakap ini nampak ringkas, tetapi dijamin membuatkan anda makan bertambah-tambah!

Pendek kata, asam rebus ikan siakap ini bukan sahaja sedap, malah sangat menyegarkan dan mampu membuka selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Jika anda teringin untuk merasai sendiri kelazatannya, jangan lupa untuk mencuba resipi penuh yang dikongsi di bawah ini.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

RESEPI ASAM REBUS IKAN SIAKAP

asam rebus ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Serai

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang rose
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kunyit hidup
  • Cili api
  • Cili merah besar
  • Belacan
  • Asam keping
  • Garam, mushroom seasoning dan msg
  • Bendi
  • Daun kesum

Cara memasak:

  1. Gaul ikan siakap dengan tepung untuk hilangkan hanyir. Perapkan seketika dan basuh bersih sebelum dimasak.
  2. Kisar bahan kisar menggunakan chopper.
  3. Selepas itu, tuangkan bahan kisar ke dalam periuk. Tak perlu letak minyak.
  4. Tambahkan air sebanyak mana kuah yang dimahukan.
  5. Kemudian, letakkan serai dan asam keping (lebihkan kalau suka masam).
  6. Bila dan mereneh, masukkan garam, mushroom seasoning dan msg jika suka.
  7. Masukkan ikan dan selepas reneh seketika, masukkan bendi.
  8. Akhir sekali, masukkan daun kesum.
  9. Selamat mencuba!

Kredit: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai, Punyalah Sedap Kalah Kedai Siam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN