resipi roti goreng keju

Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun roti tidak digelek, teksturnya tetap rangup dan tidak menyerap minyak.

Hasilnya ialah hidangan yang enak serta menarik perhatian anak-anak dan mestilah tidak muak. Oleh itu, kalau anda terfikir-fikir nak masak apa untuk anak, buat sahaja resipi ini. Mudah dan cepat!

Berikut adalah resipi roti goreng yang sangat senang untuk dicuba di rumah.

Baca lagi: Resipi Ayam Masak Laos, Masakan Orang Banjar Yang Penuh Beraroma

RESIPI ROTI GORENG KEJU BERSAMA HIRISAN AYAM

Bahan-Bahan:

  • 10 keping roti (5 set sandwic)
  • 5 sudu besar tepung gandum*
  • 1 sudu besar tepung beras*
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam*
  • ½ sudu kecil garam*
  • ½ sudu kecil oregano*
  • ½ sudu kecil cili flakes*
  • 3 biji telur saiz A (dipukul)
  • 5 keping chicken slice
  • 10 keping cheddar cheese
  • Serbuk roti (pilih yang warna oren jika ingin lebih cantik)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Mayonis, sos keju, dan cili sos untuk celupan

Cara-Cara Penyediaan:

1. Campurkan bahan bertanda * (tepung gandum, tepung beras, serbuk lada hitam, garam, oregano, dan cili flakes) dalam satu mangkuk. Gaulkan hingga sebati.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan dan pukul sedikit supaya mudah digunakan untuk mencelup roti nanti.

3. Ambil sekeping roti dan letakkan sekeping cheddar cheese di atasnya.

4. Tambahkan chicken slice di atas kepingan keju, kemudian letakkan satu lagi kepingan cheddar cheese.

5. Tutup dengan sekeping roti lagi untuk membentuk sandwic dua lapis.

6. Gaulkan sandwic tadi dalam campuran tepung sehingga menyaluti seluruh permukaan roti, termasuk bahagian tepinya.

7. Kemudian, celupkan sandwic dalam telur yang telah dipukul.

8. Akhir sekali, salutkan dengan serbuk roti hingga semua bahagian disaluti rata.

9. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan sandwic. Goreng hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.

10. Hidangkan roti goreng dengan mayonis, sos keju, dan cili sos sebagai pencicah. Hidangkan panas-panas untuk rasa paling rangup!

Sumber: Noor Aziah Mohd Noor

Baca lagi: Udang Goreng Kari Beraroma, Begini Cara Bagi Pecah Minyak Yang Cantik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN