timun jepun

Timun adalah sayuran yang biasa kita guna dalam masakan seharian. Namun, tahukah anda bahawa ada perbezaan antara timun biasa dan timun Jepun?

Masing-masing mempunyai rasa dan kegunaan yang berbeza. Timun Jepun lebih manis dan rangup, sementara timun biasa kadang-kadang boleh menjadi kelat dan pahit jika salah pilih.

Dalam artikel kali ini, MyResipi akan kongsikan lebih lanjut tentang perbezaan antara kedua-dua jenis timun ini.

Baca juga: Beza Asam Keping Hitam & Perang, Jangan Salah Pilih Nanti Masakan Kurang Kick!

BEZA TIMUN BIASA DAN TIMUN JEPUN

timun jepun

TIMUN BIASA

Yang ini kita biasa tengok, kan? Rupanya panjang, agak gebu, berwarna hijau cair dan mengandungi 95% air. Dari segi kesihatan, timun tempatan baik untuk jantung, gigi dan gusi. Dari segi kecantikan, ia baik untuk melembapkan kulit dan merehatkan mata.

Jenis timun ini sangat berair dan cepat menjadi lembik. Jika salah pilih, ia boleh menjadi kelat dan pahit apabila dimakan. Selain itu, timun ini juga mempunyai lebih banyak biji dan rasa sedikit tawar.

TIMUN JEPUN

Timun Jepun mempunyai rupa yang panjang dan kurus, berwarna hijau pekat, serta lebih padat berbanding timun biasa. Timun ini juga selalunya digunakan dalam juadah sushi dan salad, selain ada juga yang menjadikannya acar.

Dari segi kesihatan, timun ini juga baik untuk mencegah penyakit anemia dan mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, malah membantu melawan radikal bebas dalam badan.

Selain itu, timun ini juga mempunyai rasa yang lebih rangup dan sedikit manis berbanding timun tempatan, sekali gus menjadikannya pilihan yang sangat popular dalam pelbagai hidangan.

Sumber: Nurul Shima

Baca juga: Cara Bezakan Udang Laut & Udang Bela, Yang Mana Satu Lagi Sedap?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN