Selalunya orang menggunakan telur itik untuk masak lemak telur. Tapi, tidak ada masalah jika anda ingin menggantikan dengan telur ayam.
Kalau tak tahu cara yang betul, telur boleh pecah semasa dimasak. Ini boleh terjadi sama ada anda gunakan telur ayam atau itik.
Rupanya ada petua mudah untuk memastikan telur tidak pecah dalam kuah masak lemak. Jom kita lihat petua tersebut dalam artikel ini!
Baca juga: Masak Lemak Cili Api Versi Telur Dadar, Resipi Jimat Tak Perlu Guna Ayam!
RESEPI TELUR ITIK MASAK LEMAK
Tips telur tak pecah dalam kuah:
1. Rebus telur terlebih dahulu di dalam air yang dicampur 2 sudu cuka.
2. Selepas 1 minit, baru keluarkan telur dan ketepikan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah masak lemak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 biji telur itik
- 3 inci kunyit hidup
- 4 biji cili padi
- Segenggam pucuk labu (dihiris)
- 3 helai daun kunyit (dihiris)
- 5-6 biji belimbing buluh
- Santan secukupnya
Cara-cara memasak:
- Tumbuk lumat cili dan kunyit.
- Campurkan dengan santan dan reneh sebentar.
- Masukkan bahan-bahan yang dihiris.
- Tambahkan telur yang telah direbus dan akhir sekali masukkan belimbing buluh.
- Tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Khairul
Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!