Nak sediakan hidangan untuk tetamu atau sekali-sekala nak masak sesuatu yang luar biasa untuk keluarga di rumah, anda boleh cuba resepi Nasi Hujan Panas yang penuh beraroma.
Hidangan ini dipanggil Nasi Hujan Panas kerana teksturnya berwarna-warni. Selain itu, ada juga sesetengah orang yang memanggilnya nasi pelangi.
Melalui perkongsian video oleh ummisyahirah__ di TikTok, dia telah menunjukkan cara memasak dalam resepi Nasi Hujan Panas yang dibuat olehnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Claypot, Cara Masak Atas Dapur Ini Lebih Mudah Dan Sedap
RESEPI NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan:
- Beras
- Minyak sapi
- 4 sekawan
- Daun pandan (ikat)
- Susu cair
- Kiub pati ayam
- Sedikit garam dan gula
- Air secukupnya
- Pewarna merah, kuning dan hijau
Sukatan beras basmathi:
- 3 cawan beras
- 4 cawan air
- 1 cawan susu cair
Bahan kisar:
- Bawang putih
- Halia
- Bawang merah
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rendam beras selama setengah jam jika guna beras basmathi, tak perlu rendam jika guna beras biasa.
2. Kemudian, panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar dengan 4 sekawan.
3. Selepas itu, masukkan daun pandan untuk naikkan bau wangi tumisan dan tumis sampai naik bau.
4. Seterusnya, masukkan 1 cawan susu dengan menggunakan cawan sukatan nasi dan kuib pati ayam.
5. Masukkan sedikit saja garam dan gula untuk seimbangkan rasa sebab sudah masukkan kiub pati ayam tadi, kemudian kacau sehingga mendidih dan menjadi pekat.
6. Setelah tumisan sudah pekat, boleh masukkan dalam beras yang siap dibersihkan tadi.
7. Masukkan air secukupnya dan masak nasi seperti biasa.
8. Setelah nasi masak, buat lubang-lubang dan letak pewarna merah, kuning, hijau dan tutup periuk selama 10 minit.
9. Akhir sekali, boleh leraikan nasi guna garfu atau chopstick (jangan lerai kuat sangat nanti habis penyet nasinya). Siap untuk dihidang!
Resepi Nasi Hujan Panas yang beraroma dan lembut terlerai ini sesuai dinikmati bersama acar mentah dan ayam masak merah yang lazat.
Selamat mencuba!
Sumber: ummisyahirah__
Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Hainan, Ada Tips Menarik Supaya Sedap Beraroma!