nasi ayam hainan mudah

Hari ini kami akan kongsikan resipi nasi ayam hainan mudah dan pantas untuk disediakan. Juadah ini dimasak menggunakan sup ayam dan rempah halia serta bawang putih, menjadikannya wangi dengan rasa gurih yang menyerap ke dalam nasi.

Manakala ayam rebusnya mempunyai tekstur yang sangat lembut dan juicy. Tidak dilupakan sos kicap masin dan sos cili sebagai pelengkap hidangan.

Memang sesuai dimakan bila-bila masa kerana nasi ayam hainan ini merupakan menu yang tidak terlalu berat! Jom lihat di bawah.

Baca lagi: Resipi Asam Pedas Ikan Siakap, Sajian Pedas Memikat Hati Bakal Mentua!

RESIPI NASI AYAM HAINAN MUDAH

A) Nasi ayam hainan

Bahan-bahan Nasi:

  • 3 cawan beras wangi (campurkan 2 ½ cawan beras wangi dengan ½ cawan beras pulut untuk tekstur yang lebih lembut)
  • 2 sudu besar mentega
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 cm halia, dihiris nipis
  • Daun pandan
  • 4 cawan air sup ayam (dari rebusan ayam)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk nasi elektrik dengan api perlahan.

2. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.

3. Masukkan beras yang telah dicuci bersih, kemudian tambahkan daun pandan dan goreng seketika.

4. Tuang air sup ayam, minyak bijan, dan garam. Kacau perlahan.

5. Masak nasi seperti biasa dalam periuk nasi elektrik. Apabila tombol naik, kacau sekali lagi dan tekan tombol untuk meneruskan masakan hingga nasi benar-benar masak.

nasi ayam hainan mudah

B) Ayam rebus untuk nasi ayam hainan

Bahan-bahan ayam rebus:

  • 1 ekor ayam, dipotong 4 (boleh juga direbus seekor)
  • Air secukupnya untuk menutupi ayam
  • 1 biji bawang Holland, dipotong 4
  • ½ labu bawang putih, dihiris
  • 5 ruas halia, dihiris nipis
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Letakkan ayam dalam periuk dan tambahkan air sehingga menutupi ayam.

2. Masukkan bawang Holland, bawang putih, halia, daun pandan, dan garam.

3. Rebus ayam hingga masak sepenuhnya. Pastikan ayam benar-benar masak agar tiada darah yang tertinggal di dalam.

4. Angkat ayam yang telah masak dan rendam seketika dalam air berais untuk mengekalkan kelembutannya.

nasi ayam hainan mudah

C) Sos kicap nasi ayam hainan

Bahan-bahan:

  • 15 sudu besar air sup ayam
  • 9 sudu besar kicap asin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil.

2. Panaskan sehingga mendidih. Jika mahukan sos yang lebih pekat, tambahkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.

D) Sos cili

Bahan-bahan:

  • 3 batang cili merah
  • 5 batang cili padi merah
  • 1 ruas halia
  • 1 sudu besar gula
  • ½ sudu besar garam
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Sedikit air sup ayam
  • Jus limau nipis secukupnya

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan sehingga halus.

2. Tambahkan air sup ayam secukupnya. Jika ingin sos yang pekat, campurkan bancuhan tepung jagung.

3. Panaskan sos atas api hingga mendidih dan tambahkan jus limau.

E) Ginger spring onion (Halia & Daun Bawang)

Bahan-bahan:

  • 2 batang daun bawang, dihiris halus
  • 1 ruas halia, diparut
  • Garam secukup rasa
  • 100 ml minyak
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Masukkan daun bawang, halia, garam, dan minyak bijan. Goreng seketika sehingga naik bau.

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Roti Pelangi Lembut Macam Span, Bukan Main Cantik Dia Punya Warna, Confirm Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN