resepi bingka ubi kayu

Buat peminat kuih lama yang sampai sekarang tak jemu memakannya, anda pasti teruja untuk belajar resepi Bingka Ubi Kayu bagi mendapatkan kerak luar yang begitu sedap.

Resepi Bingka Ubi Kayu yang dikongsikan oleh Fifa Ayu di Facebook ini nampak mudah dan hasilnya sangat mengagumkan sampai ramai tertarik untuk membuatnya di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka, Guna 3 Langkah Je Tapi Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

RESEPI BINGKA UBI KAYU

resepi bingka ubi kayu

Bahan-bahan:

  • 4 cawan penuh padat ubi parut atau kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Beberapa titik pewarna kuning telur (saya guna pewarna oil base)
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan marjerin atau mentega yang dicairkan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kupas licin ubi kayu kemudian parut. Anggaran ubi kayu yang digunakan lebih kurang 1kg lebih (masih ada sisa). Parutan ubi kayu ini tak perlu diperah.

2. Kemudian, sukat parutan ubi kayu sebanyak 4 cawan penuh dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air, santan pekat, gula, garam, pewarna dan kacau sebati.

3. Jika guna santan kotak, masukkan 2 sudu makan marjerin atau mentega yang dicairkan (tambahan) dan kacau sebati sekali lagi.

4. Setelah selesai kacau adunan, ambil loyang dan griskan dengan mentega serta lapik dengan baking paper, kemudian masukkan adunan (saya guna loyang saiz 8 inci).

5. Seterusnya, bakar pada suhu 180ºC selama lebih kurang 1½ jam atau mengikut ketuhar masing-masing.

6. Apabila siap dibakar, boleh letak majerin atau mentega dan sapu pada permukaannya supaya nampak cantik berkilat dan kerak pun sedap. Setelah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

resepi bingka ubi kayu

Manalah tahu sedang bosan di rumah dan mempunyai banyak masa lapang, bolehlah cuba resepi Bingka Ubi Kayu ini dan pasti keluarga anda puji kesedapannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Fifa Ayu

Baca juga: Resepi Bengkang Ubi Kayu, Ini Rahsia Dapat Hasil Yang Lembut Manja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN