Sesiapa yang suka makan hidangan daging berkuah sebagai lauk, anda patut cuba masak Daging Kicap dalam versi kering pula kerana sedapnya lain dari yang lain.
Hidangan daging sebenarnya lebih lazat dengan menggunakan jenis daging batang pinang dan lauk ini sesuai dijadikan sebagai hidangan makanan tengah hari atau malam di rumah.
Sudah sering makan yang berkuah, kali ini kami nak ajak anda masak Daging Kicap yang kering pula dengan resipi daripada Permysuri Zana di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Daging Rangup (Crispy Beef), Makan Sampai Bunyi ‘Kruk Kruk’
CARA MASAK DAGING KICAP KERING
Bahan-bahan:
- Daging batang pinang (hiris nipis-nipis)
- Bawang merah (kisar)
- Bawang putih (kisar)
- Lada kering (kisar)
- Serai (diketuk)
- Halia (hiris nipis-nipis)
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap pekat
- 1 sup bunjut
- 2 sudu kicap manis
- Minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan kuali, kemudian tumiskan serai dan bawang yang sudah dikisar sehingga wangi.
2. Selepas itu, masukkan 2 sudu lada kering dan tumis lagi sampai naik minyak.
3. Seterusnya, masukkn sup bunjut. Kecilkan api sikit, kemudian masukkan daging yang sudah dibasuh bersih dan ditoskan.
*saya masukkan sup bunjut supaya baunya lebih wangi. Jika pakai yang 4 sekawan, nanti masa makan tergigit, saya tak suka
4. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan tutupkan kuali. Tak perlu tambah air dahulu, biarkan sampai air daging kering.
5. Apabila daging sudah lembut, sesuaikan rasa serta tambahkan hirisan lada merah dan bawang besar sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!
Bagi mengelakkan daging liat dan susah dikunyah, lebih elok jika anda rebus dagingnya terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk masak.
Setelah selesai masak Daging Kicap dalam bentuk kering ini, anda akan kagum dengan hasilnya yang sangat beraroma dan memikat selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Permysuri Zana
Baca juga: Daging Masak Kicap Simple, Kuah Begini Buat Orang Makan Sampai Licin Pinggan!