resipi ayam buttermilk

Kalau anda dah kering idea nak masak apa, cubalah juadah yang mudah seperti resipi ayam buttermilk yang dikongsikan oleh saudari ini.

Cara nak buat sangat mudah dan tak terlalu renyah. Sangat sesuai jika anda mahukan sesuatu yang cepat dan sedap untuk dijamah. Selain itu, anda juga boleh ubah tahap kepedasan menu ini mengikut citarasa sendiri.

Jom lihat resipi penuh di bawah:

Baca lagi: Nasi Tomato Ayam Lebanon, Ada RAHSIA Supaya Nasi Rasa Lagi Eksklusif!

RESIPI AYAM BUTTERMILK

Bahan-bahan untuk Adunan Tepung:

  • 1 ¾ cawan tepung ubi kayu
  • ¾ cawan + 1 sudu besar tepung kastad
  • ¾ cawan tepung beras

Nota: Campurkan semua tepung di dalam satu bekas. 

Bahan untuk Ayam Perap:

  • ½ cawan campuran tepung yang telah disediakan
  • Isi ayam secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk cili (atau 1 sudu besar jika suka pedas)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar secukup rasa atau garam (jangan terlalu banyak)

Cara Penyediaan Ayam Goreng:

1. Ambil ½ cawan campuran tepung tadi, masukkan ke dalam bekas lain bersama isi ayam, telur, rempah kari ayam, serbuk cili, serbuk kunyit, lada sulah dan secukup rasa. Gaul rata dan biarkan perap seketika.

2. Ambil baki ½ cawan campuran tepung, kemudian celupkan ayam yang telah diperap tadi dan goreng separuh masak. Ulangi proses sehingga semua ayam digoreng.

3. Gunakan minyak yang baru dan pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga habis. Dengan cara ini, ayam tidak akan terlalu lembik atau soggy.

Bahan untuk Sos Mentega Berkeju:

  • 100-150g mentega
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 10 helai daun kari (boleh lebihkan jika suka)
  • 10 biji cili padi hijau (boleh gantikan dengan cili padi merah jika mahu lebih pedas)
  • 1 tin susu cair
  • 2 keping keju keping
  • 2 sudu besar susu pekat
  • ½ sudu kecil serbuk cili
  • Sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan warna (optional)
  • Secukup rasa (untuk seimbangkan rasa)

Cara Penyediaan Sos:

1. Panaskan mentega di atas api perlahan. Sebelum mentega cair sepenuhnya, masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan daun kari dan cili padi, tumis sehingga wangi.

3.  Masukkan susu cair, keju keping, susu pekat, pewarna kuning dan serbuk cili. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.

4. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sos sejuk seketika.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sos yang sudah sejuk sedikit, gaul rata sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan sos.

6. Hidangkan ayam di dalam mangkuk yang cantik. Taburkan sedikit cili flakes dan serbuk paprika untuk hiasan jika suka.

resipi ayam buttermilk

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Ayam Masak Kicap Berempah, Kuah Pekat Likat & Rasa ‘Meletup’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN