serunding halia

Sebelum ini pernah dengar tentang Serunding Halia yang bagus diambil oleh mereka yang berpantang. Oleh sebab itu, ramai yang teringin tahu tentang resipinya.

Tak ramai yang suka makan halia begitu saja kerana rasanya pahit dan pedas yang menyengat. Selain digunakan untuk buat jus, anda boleh buat Serunding Halia juga tau.

Bahan utama dalam menyediakan makanan ini ialah halia segar dan ikan bilis. Biasanya halia akan disagat kemudian goreng sehingga rangup, begitu juga dengan ikan bilis.

Ibu-ibu berpantang memang bagus ambil Serunding Halia sebagai makanan tambahan untuk jaga badan. Buat mereka yang tak berpantang, ia bagus untuk buang angin dalam badan.

Nak tahu cara buat Serunding Halia yang cantik sempurna, anda perlu ikut resipi yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bawang Putih Goreng, Ada Tips Kekal Rangup Dan Tak Pahit!

RESIPI SERUNDING HALIA

serunding halia

Bahan-bahan:

  • 1kg halia (saya guna halia tua)
  • 1 labu bawang putih (hiris halus)
  • 1 genggam ikan bilis
  • Sedikit garam
  • Minyak secukupnya (agak-agak seperti goreng keropok)
  • Bahan perasa (ikut suka, nak letak apa-apa pun boleh)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buang kulit halia dan hiris halus. Nak sagat pun boleh. Halia tak perlu diperah.

serunding halia

2. Selepas itu, goreng bawang putih sehingga garing dan ketepikan terlebih dahulu.

3. Kemudian, goreng halia pula sehingga garing dan ketepikan juga.

4. Seterusnya, goreng ikan bilis sehingga garing.

5. Akhir sekali, campur semua bahan yang telah digoreng tadi dengan sedikit garam dan kacau sebati. Siap untuk digunakan!

Jika mahukan hasil yang cantik, kami cadangkan lebih baik anda hiris halia dengan pisau yang tajam dan jangan sagat kerana halia akan hancur dan cepat hangus.

Bagi menambahkan kesedapannya, anda boleh gaulkan Serunding Halia bersama bawang goreng yang rangup dan bolehlah dimakan bersama nasi berlauk.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Cara Buat Jeruk Petai Guna 4 Bahan, Tak Cepat Rosak Dan Kekal Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN