resepi ayam masak lemak

Setiap hari mak-mak memikirkan hidangan lazat supaya anak-anak berselera makan di rumah. Jika begitu, kena pandai buat resepi Ayam Masak Lemak Jawa yang luar biasa ini.

Ayam Masak Lemak Jawa atau disebut Ayam Ungkep merupakan masakan Jawa yang popular. Cakap saja lauk ini, pasti orang yang berketurunan Jawa tahu punyalah.

Lauk masakan Jawa ini tak sama seperti masak lemak biasa kerana terdapat teknik memasak unik dan lain dari yang lain supaya ia sedap tak terkata.

Nak tahu teknik apa yang digunakan, mak-mak wajib ikut semua langkah dalam resepi Ayam Masak Lemak Jawa yang diajar oleh Nor Izzuana Izhar di Facebook ini untuk hasil yang sempurna. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini

RESEPI AYAM MASAK LEMAK JAWA

resepi ayam masak lemak

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam
  • 2 biji bawang merah besar (dihiris)
  • Santan secukupnya

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • Halia (saiz sebesar ibu jari)
  • Kunyit hidup (saiz sebesar ibu jari)
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan Manis
  • 3 batang serai
  • 1 sudu kecil jintan Putih

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang bersama bahan kisar sehingga naik bau.

2. Setelah pecah minyak, boleh masukkan ayam dan kacau-kacau. Perlahankan api.

3. Selepas itu, letak sedikit air dan garam dengan secukupnya.

4. Kemudian, tutup dengan penutup periuk. Inilah namanya teknik ungkep. Biarkan seketika.

5. Setelah selesai ungkepkan ayam, masukkan santan dan kacau sebati. Masak sekejap. Siap untuk dihidang!

resepi ayam masak lemak

Buat pengetahuan anda, ungkep itu adalah proses memasak dalam wap yang ditutup menggunakan penutup kuali atau periuk supaya kuahnya meresap sampai ke dalam ayam.

Lauk ini sesuai disediakan pada waktu tengah hari dan sedap dimakan bersama nasi sambil menghirup kuahnya ketika masih panas.

Betapa ruginya jika anda tak cuba resepi Ayam Masak Lemak Jawa kerana aromanya sangat memikat, silap-silap sampai jiran sebelah rumah pun tertarik dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Izzuana Izhar

Baca juga: Bawal Masak Lemak Cekur, Ramai Suka Masakan Orang Jawa Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN