maggi hacks

Sudah bosan dengan cara masak mi segera yang sama? Jangan risau! Jom MyResipi kongsikan Maggi hacks yang bukan sahaja sedap, tapi juga Insta-worthy!

Hacks ini telah dikongsikan oleh KOL bernama Kristin, yang sangat minat memasak dan sering berkongsikan menu menarik di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, di mana sebelum ini dia pernah bertanyakan kepada pengikutnya mengenai apakah hacks mi segera kegemaran mereka?

Setelah mendapat banyak jawapan, Kristin memilih untuk mencuba dua menu yang dicadangkan dengan menggunakan Maggi Tom Yam!

MAGGI HACKS GUNA PERISA TOM YAM

Untuk menu pertama, Kristin menggabungkan Maggi Tom Yam dengan telur kuning dan juga kewpie mayo. Rasa hidangan ini memang lazat berkrim, dengan tomyam yang sedikit masam. Kombinasi ini menjadikan mi lebih menarik dan pasti memikat selera.

Bagi menu kedua pula, Kristin mencuba hacks Maggi Tom Yam dengan susu segar. Nampak macam pelik, tapi sebenarnya sedap! Hidangan ini sangat sesuai dinikmati pada cuaca hujan yang sejuk. Orang kata, tengah hujan boleh buat tambah selera!

Jadi, anda pernah cuba tak kedua-dua hacks ini? Jika belum, apa kata anda mencubanya sekarang dengan menggunakan Maggi Perisa Tom Yam!

Video penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristin Tan † (@wlovekristin)

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN