cara buat chili oil

Setelah siap menyediakan hidangan utama, pasti anda mahukan sampingan sebagai penyedap rasa. Jika begitu, anda boleh belajar cara buat Chili Oil yang mudah ini.

Chili Oil atau dikenali juga sebagai minyak cili yang mempunyai warna merah dan diperbuat daripada minyak sayur-sayuran seperti minyak soya atau minyak bijan.

Bagi melengkapi cara buat Chili Oil ini, rempah seperti lada Sichuan, bawang putih, atau paprika akan dimasukkan dan direndam dalam minyak yang panas.

Jika anda ingin sediakan hidangan sampingan yang lazat seperti Chili Oil, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nor Asiah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cili Jeruk Anti Kulat, Nak Segar Tahan Lama Jangan ‘Skip’ Langkah Ini

CARA BUAT CHILI OIL

cara buat chili oil

Bahan A:

Bahan B:

  • Cili kering biasa
  • Cili kering gemuk
  • Bijan
  • Sichuan peppercorn

Bahan C:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng bawang rose yang telah dimayang dan bawang putih yang telah dicincang halus. Kemudian, ketepikan dahulu.

2. Masukkan semua bahan B dalam air fryer, tetapkan suhu 130ºC selama 20 minit dan kisar sehingga kering.

3. Selepas itu, masukkan bahan B dalam bekas. Masukkan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa.

4. Kemudian, tumis semua bahan C sehingga naik wangi dan tapis ambil minyak saja.

5. Setelah itu, masukkan bahan C iaitu minyak panas-panas ke dalam bahan B.

6. Seterusnya, gaul rata-rata dan masukkan sedikit cuka. Kemudian, gaul sebati lagi.

7. Akhir sekali, masukkan bahan A ke dalam bekas. Biar sejuk dahulu, kemudian tutup. Siap untuk digunakan!

cara buat chili oil

Cara buat Chili Oil ini telah menarik perhatian ramai kerana hasilnya tampil merah dan elok kejadiannya. Walaupun warnanya begitu, namun ia tak begitu pedas dan cukup rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Asiah

Baca juga: Resepi Chili Oil Yang Mudah Dibuat, Makan Dengan Apa Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN